Saturday, April 6, 2013

ULASAN BUKU "MELUKIS PELANGI"- OKI SETIANA DEWI

  Mengisahkan OSD dari masa kecilnya sehinggalah dia menjadi bintang dalam hidupnya. OSD merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik yang semuanya perempuan. Dilahirkan di Batam, Indonesi pada Januari 1989, seusia dengan diriku namun kelihatan dirinya lebih matang daripadaku. Mungkin disebabkan oleh sikapnya yang sudah berdikari semenjak berumur 16 tahun iaitu setelah berhijrah ke Jakarta untuk mencari kehidupan baru. Dia seorang yang penuh dengan cita-cita dan semua itu dituliskan dalam diarinya. Tergolong dalam keluarga yang sangat susah. Pada zaman kecilnya, dia kelihatan seorang yang tegas dan garang sehinggakan budak-budak lelaki yang nakal takut dengannya. Suka bergaya dengan pakaian seksi dan suka untuk menjadi pelakon.  Kehidupannya mula berubah iaitu daripada mengejar cita-cita dunia kepada mengejar cinta Allah setelah ibunya diserang penyakit kulit yang kronik. Pada saat itulah dia bertekad untuk berusaha mengukuhkan kecintaannya kepada Allah dan berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit ibunya. Dia mula bertudung, mengikuti kuliah2 agama. Menuntut di Universiti Indonesia dalam bidang kesenian. Alhamdulillah, akhirnya penyakit ibunya beransur-ansur sembuh. Dia kemudiannya ditawarkan berlakon memegang watak anna dlm filem "ketika cinta bertasbih". Pada mulanya dia berat hatinya untuk pergi ujibakat. Namun setelah dipujuk oleh kawan2nya barulah dia mengambil keputusan untuk sertai. Keluarga KCB itu sangat menitik beratkan ajaran agama seperti adanya kuliah agama, solat jemaah, kelas tajwid dan tadarus. Dia kemudiaannya mendapat pelbagai anugerah dan nikmat setelah filem "ketika cinta bertasbih" menggegarkan dunia. Dia berdoa agar tidak dilekakan oleh nikmat yang Allah berikan kepadanya sekarang. Akhirnya segala kesukaran hidup yang dialaminya selama ini Allah gantikan dengan kehidupan yang lebih baik yang dia sendiri tidak sangka. Hidayah itu perlu dicari bukan menunggu hidayah tersebut dalam keadaan kita berpeluk tubuh.

No comments:

Post a Comment