Sunday, April 7, 2013

ULASAN BUKU "MAQASID SYARIAH" OLEH WAN MOHD NASIR BIN WAN ABD WAHAB

Pengertian maqasid syariah dapat diertikan sebagai matlamat, tujuan atau hikmah yang hendak dipelihara dan direalisasikan oleh al-musharri‘ (pensyariat) iaitu Allah Taala dalam penetapan hukum-hakamNya bagi kebaikan para hamba-Nya[1]. Sesungguhnya Allah Taala tidak mensyariatkan mana-mana hukum dengan sia-sia, tanpa hikmah dan kebijaksanaan. Allah Taala menetapkan semua hukum berdasarkan hikmah-hikmah tertentu yang memberi kebaikan dan mengelakkan keburukan untuk umat manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Hal ini dikuatkan lagi dengan dalil Firman Allah Taala dalam surah Ali ‘Imran ayat 191:
tûïÏ%©!$# tbrãä.õtƒ ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbr㍤6xÿtGtƒur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ  [2]
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Maqasid syariah terbahagi kepada tiga jenis iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Daruriyyat ialah sesuatu yang sangat diperlukan sehingga ke tahap terdesak, terpaksa dan tidak dapat dielakkan[3]. Hajiyyat pula ialah pula ialah perkara yang berkaitan dengan keperluan umum, tetapi tidaklah sampai ke tahap darurat (terdesak, terpaksa dan tidak dapat dielakkan)[4]. Contohnya ialah mendedahkan aurat sekadar perlu kepada doktor untuk tujuan perubatan ataupun seseorang itu berbuka puasa pada bulan Ramadhan dengan sebab sakit atau musafir. Tahsiniyyat pula ialah mengambil apa yang patut daripada adab-adab yang baik dan menjauhi keadaan-keadaan yang mencemarkan serta ditolak oleh akal yang bijak lagi matang. Itu semua terkandung dalam kategori akhlak mulia[5]. Contohnya ialah berhias tidak keterlaluan dan menjaga adab makan dan minum. Maka, syariat digariskan adalah untuk menjaga kepentingan manusia, iaitu menjaga lima perkara yang daruriyyat berkaitan dengan manusia iaitu agama atau pegangan manusia, nyawa atau jiwa manusia, akal manusia, keturunan dan maruah manusia, serta harta dan hak milik manusia[6].

i.                    Menjaga agama atau pegangan manusia

Islam menjaga agama iaitu menjaga pegangan manusia. Oleh itu, Islam memerangi semua perkara yang boleh mengancam agama seperti kufur, syirik, murtad dan seumpamanya. Ekoran itu, Islam mengenakan hukuman tegas atas jenayah keagamaan contohnya hukuman bunuh dikenakan kepada orang yang murtad dan tidak mahu kembali kepada Islam.

ii.                  Menjaga nyawa atau jiwa manusia

Islam menjaga nyawa iaitu Islam mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh mengancam diri, jiwa dan nyawa seseorang sama ada diri sendiri ataupun orang lain. Oleh itu, dalam Islam, hukuman qisas dikenakan berhubung dengan kes bunuh kerana ia telah melanggar maqasid menjaga nyawa. Firman Allah Taala yang menunjukkan larangan membunuh anak dan orang yang tidak berdosa ialah :

* ö@è% (#öqs9$yès? ã@ø?r& $tB tP§ym öNà6š/u öNà6øŠn=tæ ( žwr& (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ) ( Ÿwur (#þqè=çFø)s? Nà2y»s9÷rr& ïÆÏiB 9,»n=øBÎ) ( ß`ós¯R öNà6è%ãötR öNèd$­ƒÎ)ur ( Ÿwur (#qç/tø)s? |·Ïmºuqxÿø9$# $tB tygsß $yg÷YÏB $tBur šÆsÜt/ ( Ÿwur (#qè=çGø)s? š[øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ 4 ö/ä3Ï9ºsŒ Nä38¢¹ur ¾ÏmÎ/ ÷/ä3ª=yès9 tbqè=É)÷ès? ÇÊÎÊÈ  [7]

Maksudnya: katakanlah: Marilah, supaya Aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, Iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah Yang Memberi Rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina)  yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara‘). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Selain itu, dalam surah al-Maidah ayat ke-32 ada mengatakan tentang kewajipan bagi orang Islam menjaga keselamatan dan nyawa seseorang :
ô`ÏB È@ô_r& y7Ï9ºsŒ $oYö;tFŸ2 4n?tã ûÓÍ_t/ Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î) ¼çm¯Rr& `tB Ÿ@tFs% $G¡øÿtR ÎŽötóÎ/ C§øÿtR ÷rr& 7Š$|¡sù Îû ÇÚöF{$# $yJ¯Rr'x6sù Ÿ@tFs% }¨$¨Z9$# $YèÏJy_ ô`tBur $yd$uŠômr& !$uK¯Rr'x6sù $uŠômr& }¨$¨Y9$# $YèÏJy_ 4 ôs)s9ur óOßgø?uä!$y_ $uZè=ßâ ÏM»uZÉit7ø9$$Î/ ¢OèO ¨bÎ) #ZŽÏWx. Oßg÷YÏiB y÷èt/ šÏ9ºsŒ Îû ÇÚöF{$# šcqèùÎŽô£ßJs9 ÇÌËÈ
 
Maksudnya: Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang. Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

iii.                Menjaga akal.

Islam mengharamkan apa jua tindakan yang boleh mengancam akal seseorang sama ada pada diri sendiri ataupun orang lain seperti minum arak, menjual arak, dadah, gam khayal, pil khayal dan seumpamanya. Hukuman hudud kepada peminum arak adalah untuk memenuhi maqasid syariah menjaga akal.

iv.                 Menjaga keturunan dan maruah.

Islam menjaga keturunan manusia iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Oleh itu, Islam mengharamkan apa jua perkara yang boleh memudaratkan keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti berzina, liwat, lesbian, bercakap lucah, melihat perkara yang haram, mendedahkan aurat dan seumpamanya[8]. Oleh itu, hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina adalah untuk menjaga kesucian keturunan dan maruah.

v.                   Menjaga harta.

Islam mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh memudaratkan, memusnahkan atau mensia-siakan harta, merompak, mencuri, membazir dan sebagainya. Oleh itu, jenayah merompak dan mencuri dikenakan hukuman hudud kerana ia telah menyalahi maqasid syariah menjaga harta.



[1] Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, 2011, hlm. 12.
[2] al-Qur’an, Ali ‘Imran 3: 191.
[3] Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, 2011, hlm. 27.
[4]Ibid, hlm. 48.
[5]Ibid, hlm. 49.
[6] Ibid, hlm. 27.
[7] al-Qur’an, al-An‘am 6: 151
[8] Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, 2011, hlm. 37-39.

No comments:

Post a Comment